News

News Room


Kumpulan AFFINBANK Tandatangani Ikrar Bebas Rasuah

 
Kapsyen:
Foto 1 –  En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK bersalaman dengan
Dato' Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

Foto 2 – Dato 'Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK (kelapan & kesembilan dari kiri pada baris pertama) bersama kakitangan-kakitangan Kumpulan AFFINBANK pada majlis tersebut.



KUALA LUMPUR – Kumpulan AFFINBANK (AFFINBANK atau Bank) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Ibu pejabatnya, Menara AFFIN, hari ini.

IBR adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh SPRM yang memberi penekanan pada ikrar dan janji yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu, bagi memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut faham akan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.

"Kami di AFFINBANK mengalu-alukan inisiatif IBR ini dengan hati yang terbuka kerana ia sangat bersesuaian dengan program transformasi strategik kami, AFFINITY di mana salah satu objektifnya adalah untuk memupuk sikap integriti di kalangan kakitangan dari semua peringkat di Bank dalam kerja harian mereka,” kata En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK.

Pada majlis itu, En. Kamarul mengetuai semua kakitangan AFFINBANK dalam majlis menandatangani dan melafazkan IBR yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato 'Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil.

-TAMAT-

 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad  
Ketua, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9428
Faks : +6 03 2026 1104
Email :  head.corpcomm@affinbank.com.my

Darlene Liew
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034
Faks : +6 03 2026 1104
Email : darleneliew@affinbank.com.my

 

Mengenai Kumpulan AFFINBANK

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia. AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan individu, perusahaan kecil & sederhana dan korporat. Sasaran bidang perniagaan telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perbankan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Komersil, Perbankan Korporat & Sektor Awam dan Perbendaharaan.

Cogan kata “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan penyingkiran batasan dalam proses-proses Bank dan juga perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh. Perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan sebagai tanda penghargaan dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan. AFFINBANK berusaha secara berterusan dalam penggunaan kaedah pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC), sebuah entiti perbankan Islam penuh yang menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip and undang Syariah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my ataupun kunjungi cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC yang terdekat.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring