Piagam Pelanggan

Di Kumpulan Perbankan Affin, telah sentiasa menjadi sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan bahawa kebolehserahan perkhidmatan atau produk kewangan dalam talian kami adalah terjamin, selamat, boleh diharap, rahsia dan selaras dengan piagam klien di bawah:

Iltizam Ke Arah Operasi Yang Selamat Dan Terjamin

Kami komited untuk memastikan keselamatan operasi Perkhidmatan Perbankan Internet kami.  Kami juga telah melaksanakan kawalan dan prosedur keselamatan yang ketat untuk mengurangkan risiko akses tidak dibenarkan kepada maklumat sulit kami. Anda boleh melawat seksyen halaman Keselamatan dan Privasi Dalam Talian kami di laman kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keselamatan dan jaminan operasi kami.

Jaminan Privasi Dan Kerahsiaan Data Anda

Kumpulan Perbankan Affin amat menghormati hak setiap pelanggan kepada privasi dan keselamatan maklumat peribadi, serta transaksi kewangan yang diuruskan oleh kami. Oleh yang demikian, kami menggunakan langkah-langkah keselamatan seketat yang mungkin yang dilengkapi dengan dasar keselamatan yang ketat dalam operasi kami dan perlindungan data anda.

Menyediakan Perkhidmatan Yang Boleh Diharap & Berkualiti

Adalah menjadi objektif utama kami di Kumpulan Perbankan Affin untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh diharap dan berkualiti kepada pelanggan kami pada sepanjang masa. Kakitangan kami yang berpengalaman mengurus dan memastikan agar standard kawalan kualiti perkhidmatan kami dipatuhi.

Ketelusan Produk Dan Perkhidmatan

Kami komited untuk memastikan bahawa keterangan dan butiran produk dan perkhidmatan kami  yang ditawarkan secara dalam talian oleh kami tidak akan mengelirukan atau palsu. Kami juga akan memastikan,  setakat keupayaan terbaik kami bahawa mana-mana dan semua representasi, pernyataan dan jaminan, yang dibuat atau disediakan oleh kami pada sepanjang masa adalah tepat dan benar.

Jawapan Segera Bagi Pertanyaan Dan Aduan

Kami sentiasa mengalu-alukan dan menggalakkan pertanyaan, maklum balas dan aduan daripada anda sebagai peluang untuk memahami keperluan anda dengan lebih baik lagi. Justeru itu, kami akan bertindak seberapa segera terhadap semua interaksi anda dengan kami. 

Cawangan pin_drop
Tarif Caj insert_drive_file
Kadar & Caj attach_money
Kalkulator phonelink_ring